Share This On

Saturday, 6 July 2013

Aku Hanya Gadis Biasa

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang sedia untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya gadis biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan gadis yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku akan cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga anak kecil kita yang sedang sakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya gadis biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai gadis cantik, yang kau kenal puluhan tahun yang lalu.. Bukan gadis muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi gadis sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya gadis biasa.. 


Ya Allah, hanya diriMu mengetahui segala yang terbaik buatku.. dan juga telah diriMu aturkan segalanya untuk hidupku..


#copypaste

Tuesday, 28 May 2013

Skinny Is My Favourite :*

Assalamualaikum !!
ahaa ! post kali ni nas na cite pasal nas da order seluar skinny kegemaran nas !!
hahah .. excited lebih xD
ta saba na dpt barang tu ..
na tunggu ORG beli kan .. humm .. tahun dpn pon belum tentu dpt ..
barang tu ta mahal pon ..
esokk nas na gy bank in duit ..
ta saba , ta saba ..
ouhh , My favourite skinny !!
come to mama xD
To my bieyy ,
mianhaeyo .. sebab ta dgr ckp ..
seluar tu kegemaran bby ..
harap bieyy faham :')
jgn maraa please :')
okayy ! gtg , guyss !
saranghae !



ha , ni pic for the item that i want to buy :*
meraa gituu lorww xD



KOREAN Is My Dream ~

Assalamualaikum ~
Annyong ~
hari ni nas na cite pasal tempat yg nas na pegyy satu hari nanti ~
korang mesti familiar dgn tempat ni ~
my dreams is want to go to KOREA !!
arghh .. excited nya bile tgk cite korea , best je ..
ade salji .. sume tu ..
humm ~
mcm dlm cite WINTER SONATA tu :)
lama dah cite tu .. tapyy best (y)
tmpt yg paling best dlm cite winter sonata tu , NAMI ISLAND ~
best gile tokkk ~
hahah ~
kat post ni , nas ade letak pic sekali ~
okay .. tu je la cite utk kali ni ..
bye ~
HOPE MY DREAMS COME TRUE ONE DAY :')
saranghae !!!

Best kan .. humm :')


ha , ni la NAMI ISLAND .. 
(y)
dalam cite WINTER SONATA tu ~


teringin na buat snowman :*